Harian Metro

Rezeki tujuh cucu

- Nor Raidah Awang am@hmetro.com.my

 Datuk bersyukur terima bantuan daripada Harian Metro

“Sumbangan ini dapat saya guna untuk menampung keperluan harian kami untuk membesarka­n tujuh cucu saya yang kehilangan bapa mereka dan saya berterima kasih kepada Harian Metro.

“Apabila diberitahu Harian Metro akan datang memberikan sumbangan, saya tidak tahu mereka ada program membantu golongan kurang berkemampu­an seperti saya,” kata Harun Jeferi.

Harun Jefri, 66, yang tinggal di sebuah rumah serba kekurangan di kampung Belakang Pekan Bukit Merah bersama isteri, Halijah Umar, 60, dan tujuh cucunya yang masih bersekolah menerima kunjungan rombongan Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), kelmarin.

Kunjungan bagi menyampaik­an barangan keperluan harian serta wang tunai itu sempena penganjura­n Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) siri pertama di Bukit Merah Lake Town Resort (BMLR), di sini.

Sumbangan itu disampaika­n Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar diiringi Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/BPI) Harian Metro yang juga Pengerusi Titipan Kasih, Othman Mamat.

Harun berkata, dia yang bekerja kampung mengambil alih tugas menjaga tujuh cucunya selepas menantunya meninggal dunia empat tahun lalu akibat penyakit leukemia.

“Bukan kami minta kesusahan ini dan kami tiada kuasa melawan takdir Allah, malah menerima segala rezeki pemberian ini dengan hati terbuka, sekurang-kurangnya duka kami terubat.

“Tiada ucapan lain yang dapat saya katakan selain terima kasih kepada Harian Metro, ingatkan golongan seperti kami tiada siapa yang peduli,” katanya.

Harun berkata, hanya Allah yang dapat membalas sumbangan diberikan itu dan berdoa akhbar itu terus maju supaya dapat membantu lebih ramai golongan kurang berkemampu­an sepertinya.

 ??  ?? MUSTAPA (kiri) sambil diperhatik­an Othman (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Harun (dua kiri).
MUSTAPA (kiri) sambil diperhatik­an Othman (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Harun (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia