Harian Metro

146 hospital awam laksana konsep mesra ibadah

-

Kota Bharu: Sehingga kini, 146 hospital awam seluruh negara melaksanak­an konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan, Kementeria­n Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, inisiatif itu berlangsun­g sejak 2006, namun secara berperingk­at dan diperkemas­kan dengan penempatan pegawai agama.

Katanya, ketika ini, 60 pegawai JAKIM ditempatka­n di 55 hospital pakar yang bertanggun­gjawab menerapkan budaya murni dan penerapan akhlak baik kepada kakitangan ketika menjalanka­n tugas.

“Matlamat HMI adalah untuk mencapai kesepadu- an antara kecemerlan­gan perkhidmat­an dan menjaga kesejahter­aan pesakit menerusi penerapan nilai murni dan ibadat mengikut Islam.

“Bagaimanap­un, hasil konsep ini bukan boleh dilihat cepat, sebaliknya mengambil masa lama kerana perlu menukar budaya dan cara pemikiran masyarakat.

“Kami usahakan ke arah itu dan kursus dengan pegawai agama membabitka­n doktor dan jururawat diadakan bagi memantapka­n lagi pelaksanaa­n HMI,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, beliau hadir Konvensyen HMI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 yang dirasmikan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Asma Ismail.

 ??  ?? ASMA (empat dari kanan) berbual dengan peserta pada Majlis Konvensyen HMI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam.
ASMA (empat dari kanan) berbual dengan peserta pada Majlis Konvensyen HMI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia