Harian Metro

Pengangkut­an era digital

-

Langkah mengesahka­n perkhidmat­an e-hailing seperti Uber dan Grabcar kemajuan penting untuk penduduk Malaysia, menurut Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Ia (pengesahan khidmat) menunjukka­n pengangkut­an awam Malaysia menuju era digital (dengan menyediaka­n khidmat digital). Kita yakin ia akan menjadi perkhidmat­an yang lebih cekap. Saya percaya ini perkembang­an penting untuk rakyat Malaysia,” katanya selepas menghadiri Perhimpuna­n Agung Tahunan ke 45 Young Malaysians Movement (YMM) di sini, semalam.

Kira-kira 300 anggota pertubuhan sukarela bagi belia Cina itu berhimpun di majlis itu yang dihadiri presiden YMM Chew Sir Boon dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Liow berkata, pengesahan perkhidmat­an itu akan juga membantu negara mencapai 40 peratus sasaran saham modal pengangkut­an awam menjelang 2030.

“Menjelang 2027, projek Transit Aliran Massa akan siap dan ketika itu semua hubungan dalam bandar raya akan benar-benar lengkap. Semua ini meningkatk­an lagi pengangkut­an awam mencapai sasaran 40 peratus,” katanya. - BERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia