Harian Metro

‘Kita sedia beri bantuan’

- BERNAMA am@hmetro.com.my

 Malaysia sambut baik tindakan Arab Saudi tingkat keselamata­n di dua kota suci

Malaysia menyatakan sokonganny­a terhadap tindakan Arab Saudi meningkatk­an kawalan keselamata­n di dua kota suci, Makkah dan Madinah, susulan serangan peluru berpandu balistik yang dilancarka­n puak Houthi Yaman berhampira­n Makkah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia juga menyokong usaha ketenteraa­n yang dilakukan sekutu Arab Saudi terhadap ibu negara Yaman, Sanaa, susulan serangan kumpulan pemberonta­k itu.

“Dalam hal ini, kita tetap bersama-sama dengan kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Salman yang amat prihatin dengan

keadaan jemaah haji yang berada di dua kota suci itu sekarang.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi bukan dengan cara mengorbank­an kedua-dua kota suci...apatah lagi dengan mengorbank­an jemaah haji dari pelbagai negara,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya, di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata walaupun serangan itu dapat dipatahkan namun ia sememangny­a membimbang­kan Malaysia kerana jemaah negara kini berada di dua kota suci itu bagi menunaikan ibadat haji.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga bersedia menawarkan bantuan kepada Arab Saudi bagi memastikan keselamata­n Makkah dan Madinah.

“Kita bersiap siaga untuk membantu Arab Saudi dalam keadaan apa sekali pun dan mudah-mudahan Arab Saudi tidak bersendiri­an dalam menghadapi permasalah­an ini,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, pasukan keselamata­n Arab Saudi memintas sebuah peluru berpandu balistik yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Menurut laporan media antarabang­sa, puak Houthi mengesahka­n melancarka­n peluru berpandu balistik ke Arab Saudi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan itu. Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan berita mengenai tiada unsur rasuah dalam siasatan kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dimuat naik sebuah blog seperti tular di media sosial sejak kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan meminta polis menjalanka­n siasatan bagi membolehka­n tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang menyebarka­n maklumat tidak sahih.

Menurutnya, dakwaan yang tular di media sosial itu mengeliruk­an orang ramai dan mencemari imej SPRM, sekali gus turut boleh menjejaska­n proses pendakwaan kes berkenaan.

Berikutan itu, SPRM menerusi pegawainya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung berita palsu yang tular di media sosial berkenaan, kira-kira jam 10 pagi semalam.

 ?? FOTO: SYARAFIQ ABD SAMAD ?? DR Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Mesyuarat Penutup UMNO Bahagian Kelana Jaya, semalam.
FOTO: SYARAFIQ ABD SAMAD DR Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Mesyuarat Penutup UMNO Bahagian Kelana Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia