Harian Metro

Pengarah syarikat individu ketiga skandal rasuah FIC

-

Putrajaya: Seorang pengarah syarikat berusia 57 tahun menjadi individu ketiga ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel bertaraf empat bintang oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC) di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.

Perintah tahanan selama enam hari itu dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini semalam selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang juga pengarah syarikat yang memiliki hotel berkenaan ditahan di pejabat SPRM Kuching, Sarawak kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mendapati suspek melantik syarikat ejen untuk menguruska­n pembelian hotel berkenaan sehingga meraih keuntungan ‘atas angin’ sehingga RM50 juta.

Kelmarin, dua lelaki masing-masing berusia 47 dan 51 tahun ditahan di pejabat SPRM Putrajaya apabila hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Kedua-dua mereka adalah dua pengarah syarikat ejen yang menguruska­n pembelian hotel berkenaan malah, mereka turut direman selama tujuh hari bermula kelmarin oleh mahkamah sama.

SPRM sebelum ini sudah menyerbu enam lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Kuching berhubung siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching itu.

Siasatan itu dilakukan susulan maklumat diterima pasukan penyiasat ketika menjalanka­n siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Memetik kenyataan Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini berkata, beliau sudah mengarahka­n kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel berkenaan yang disyaki dibeli pada harga lebih tinggi daripada pasaran.

“Hasil siasatan mendapati, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi daripada harga asal hingga mengakibat­kan FIC mengalami kerugian ratusan jutaan ringgit,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM membawa pengarah syarikat ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
PEGAWAI SPRM membawa pengarah syarikat ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia