Harian Metro

Meriah ‘berperang’ susun senet dan dam

- Penulis Pelajar Universiti Alexandria, Mesir

Di setiap negara pasti ada seni dan permainan tradisi unik turun temurun masyarakat­nya. Kini perkembang­an teknologi moden dengan permainan komputer mengambil tempat permainan tradisi ini. Cuma di beberapa kawasan dan kelompok masyarakat masih mengekalka­n permainan yang diwarisi sejak dulu kala.

Masyarakat Mesir kuno gemar menjadikan kepingan logam untuk dibuat main seperti senet dan dam. Senet sebuah permainan berasaskan papan tertua di dunia. Papan permainan senet adalah grid sebanyak 30 kotak, disusun dalam tiga baris dengan sepuluh kotak setiap baris. Peraturan dan cara permainan ini mirip permainan dam. Cumanya senet berupa kotak kecil dan cara memainnya sedikit berbeza daripada dam.

Permainan senet dikatakan permainan tertua kerana ditemui di makam pengebumia­n Dinasti

Pertama di Mesir. Selain di Mesir, senet popular di Afrika dan Asia Barat. Kemungkina­n besar permainan ini diwarisi melalui hubungan perdaganga­n antara orang Mesir dan masyarakat tempatan seperti ditemui di Babylon serta Cyprus.

Kadang kala kita boleh menyaksika­n gambar senet ini diabadikan pada ukiran batu zaman Firaun. Kali pertama saya menyaksika­n gambar tersebut, saya tidak menyangka yang ia permainan popular kerana gambar seumpama papan catur.

Kanak-kanak Mesir purba bermain menggunaka­n tulang haiwan antaranya pergelanga­n kaki kambing. Ada yang menjadikan batu kecil seperti batu seremban yang kita main di tanah air. Ketika melawat muzium di Kaherah, dapat saya saksikan bagaimana tulang tersebut dibentuk serta diukir untuk permainan. Daripada tanah liat juga dibentuk rupa binatang kecil untuk dibuat main sesama rakan.

Kanak-kanak daripada keluarga berada, mampu membeli mainan kayu. Sesetengah mainan kayu boleh bergerak seperti seekor kuda dengan rahang yang boleh dibuka dan ditutup. Ada juga mainan kayu yang berbentuk seorang wanita mengisar gandum. Anda cuma perlu tarik tali di belakang patung itu untuk menggerakk­an batu pengisar ke belakang dan sebagainya.

Bagi kerabat diraja dan bangsawan, anak patung mewah menjadi permainan mereka yang diperbuat daripada kain dan disumbat dengan bulu papyrus. Papyrus pokok yang banyak ditanam di Mesir dan digunakan juga sebagai kertas pada zaman itu. Ada yang besar dan kecil patung ini yang diwarnakan mengikut kesukaan mereka.

Permainan tradisi yang masih menjadi permainan wajib penduduk Mesir adalah dam. Hampir di merata pelosok jalan kecil kita boleh menyaksika­n ramai orang akan bermain dam. Dam di Mesir dimainkan seperti di Malaysia. Cumanya dam di sana biasa dimain di kedai teh.

Golongan tua paling suka bermain dam ketika melepak di kedai. Hampir semua kedai teh pasti ada papan dam untuk pelanggan main. Kebiasaann­ya, mereka duduk berjam-jam bermain dam. Pada mulanya kami agak pelik mengapa ia menjadi ketagihan penduduk, mungkin sebagai mengisi waktu terluang sambil menikmati teh. Rupa-rupanya mrereka merasakan minum teh sambil bermain dam cara mengisi waktu berkualiti sambil bersosial bersama rakan.

Seperti di Malaysia, bukan saja kanak-kanak akan bermain dam tetapi juga warga emas. Bezanya di Mesir, apabila menang bermain, kedai akan bergema dengan sorakan seperti riuhnya menyaksika­n pertanding­an bola sepak Liga Inggeris. Kami sering kali tersalah anggap ada orang bergaduh, tetapi rupa-rupanya mereka menang main dam.

Kalau kita berkunjung di Iskandaria­h, sila singgah di kedai teh ini. Duduklah berdekatan papan dam, tentu sekejap lagi kita akan dipelawa untuk beradu main dam oleh Arab Mesir.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia