Harian Metro

Adab di rumah keluarga si mati

-

Mengenai amalan isi rumah yang kematian ahli keluargany­a, adakah ahli yang lain tidak boleh makan dan minum di dalam rumah melainkan di luar rumah saja?

Adakah ia dikira sebagai adat atau penghormat­an kepada jenazah?

Perlu diingatkan, segala larangan ataupun halangan yang bersifat agama perlulah mempunyai dalil bagi membenarka­n kenyataan berkenaan.

Dalam permasalah­an di atas, kami dapati tidak terdapatny­a dalil baik daripada al-Quran mahupun hadis berkenaan larangan untuk isi rumah yang kematian ahlinya untuk makan di dalam rumah.

Maka kami katakan di sini bahawa tiada masalah untuk ahli keluarga makan di dalam rumah apabila berlakunya kematian.

Bahkan, tiada masalah juga untuk bukan ahli keluarga si mati untuk makan di dalam rumah tetapi mestilah mendapatka­n keizinan tuan rumah terlebih dahulu.

Adapun yang disunatkan bagi masyarakat sekeliling adalah dengan membantu keluarga si mati menguruska­n jenazah untuk meringanka­n beban keluarga si mati.

Kaum kerabat si mati dan jirannya juga boleh membantu menyediaka­n makanan kepada ahli keluarga si mati pada waktu siang dan juga malamnya.

Itu berdasarka­n satu hadis di mana Nabi SAW mengarahka­n supaya dibuatkan makanan untuk keluarga Ja’far RA yang maksudnya: “Buatkan untuk keluarga Ja’far makanan yang mana sesungguhn­ya sesuatu (musibah kematian) menimpa mereka dan menyibukka­n mereka.” (Riwayat Abu Daud)

Begitu juga dengan mengucapka­n takziah dan mendoakan si mati supaya mendapat keampunan serta rahmat daripada Allah SWT. Wallahu a’lam

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia