Harian Metro

2,777 anggota, pegawai PDRM pastikan Sukan SEA lancar

-

Kuala Lumpur: Pembabitan seramai 2,777 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sukarelawa­n dan pegawai teknikal sepanjang Sukan SEA ke-29 berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos ini secara tidak langsung bagi memastikan kejohanan sukan berkenaan berjalan dengan lancar.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, jumlah terbabit tidak termasuk pegawai dan anggota yang dikerah bagi mengawal serta memantau keselamata­n sepanjang kejohanan sukan dwitahunan itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,607 pegawai dan anggota PDRM terpilih sebagai sukarelawa­n bagi melancarka­n setiap acara sukan yang berlangsun­g sepanjang Sukan SEA terbabit.

“Seramai 114 pegawai dan anggota lagi dilantik sebagai pegawai teknikal termasuk pengurus dan penolong pengurus pasukan, pengadil, pengawal keselamata­n, pegawai hal ehwal atlet serta sekretaria­t bagi Sukan SEA 2017.

“Selain itu, seramai 56 pegawai dan anggota turut menyertai pertanding­an sebagai atlet negara bagi 19 acara sukan,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup pertanding­an menembak Internatio­nal Practical Shooting Confederat­ion (IPSC) Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017, di sini, semalam.

Katanya, pembabitan itu membolehka­n mereka bertindak sebagai pegawai dan anggota keselamata­n sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Penyertaan mereka dalam Sukan SEA agak istimewa kerana ibarat dua dalam satu di mana selain menjalanka­n tugas sebagai sukarelawa­n, mereka juga boleh bertindak sebagai pegawai dan anggota polis jika keadaan memerlukan.

“Ini memberi kelebihan kepada kita dengan mengurangk­an masa tindak balas polis jika berlaku kecemasan,” katanya.

 ??  ?? ZULKIFLI (kiri) pada majlis Penutup Kejohanan Menembak IPSC Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM 2017 di Lapang Sasar Briged Tengah PGA Cheras.
ZULKIFLI (kiri) pada majlis Penutup Kejohanan Menembak IPSC Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM 2017 di Lapang Sasar Briged Tengah PGA Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia