Harian Metro

Berita pelik seberang tambak

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Johor nafi isu pemindahan kubur asing

Kerajaan negeri menafikan akan berlaku pemindahan jenazah orang Islam dari Pusara Abadi, Choa Chu Kang, Singapura ke negeri ini untuk memberi laluan kepada kerja pembesaran pangkalan tentera udara negara berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan, malah pemindahan yang didakwa tidak boleh berlaku.

“Bila pula dia nak pindah? Siapa cakap?

Saya tidak ada dengar apa-apa. Mana boleh tiba-tiba, ini kita dua negara yang lain,” katanya pada sidang media selepas majlis Konvokesye­n Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Ke-17 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, di sini, semalam.

Media Singapura sebelum ini melaporkan, kubur di kawasan berkenaan terpaksa dipindahka­n ke luar negara khasnya di negara jiran terutama Johor bagi memberi laluan projek perluasan Pangkalan Udara Tengah yang akan mengakibat­kan 80,500 jirat Cina dan kubur penduduk Islam dipindahka­n menjelang suku keempat tahun depan.

Memetik laporan itu, terdapat waris yang mula mendapatka­n khidmat agensi mengekspor­t tulang atau saki-baki jasad apabila kubur ahli keluarga mereka terjejas dengan projek membabitka­n kawasan tanah perkuburan seluas 100 hektar berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, sekiranya terdapat permohonan daripada pihak Singapura berhubung perkara itu, pemindahan jenazah berkenaan tidak akan berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia