Harian Metro

Pencuri terjerat

-

Kuala Lumpur: Tembelang seorang lelaki yang aktif melakukan samun hanya terbongkar apabila ditahan selepas mencuri wang RM2 dari sebuah kereta di kawasan riadah di Bukit Kiara, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, seorang lelaki berusia 30-an meninggalk­an kereta Perodua Kelisanya di tempat letak kereta untuk beriadah di kawasan itu sebelum mangsa melihat kelibat seorang lelaki mencurigak­an.

Sumber berkata, sebaik selesai beriadah, mangsa berjalan ke keretanya sebelum ternampak seorang lelaki sedang menutup pintu keretanya menyebabka­n dia bergegas ke arah keretanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia