Harian Metro

‘Buat pekak’ minta tangguh

- Siti Nor Amirah Abu Bakar am@hmetro.com.my

“Selama 30 tahun saya duduk dan berniaga makanan di sini, kenapa layan saya sebegini,” kata Jailani Ramlee, 63.

Dia antara beberapa pemilik gerai yang dirobohkan pihak berkuasa di Jalan Benteng, Kampung Delek, di sini, Selasa lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersama peniaga lain tidak diganggu namun sedih dengan tindakan berkenaan.

“Ketika aktiviti merobohkan gerai saya dilakukan, saya merayu diberikan beberapa jam untuk mengangkut barang keperluan keluar tetapi permintaan saya tidak diendahkan.

“Jika hendak melawan saya bimbang diambil tindakan,” katanya.

Selain gerainya, 14 struktur lain dirobohkan termasuk

reban ayam dan kedai runcit yang didirikan tanpa kebenaran atas tanah rizab kerajaan negeri.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDTK) berkata, struktur itu dibina di atas tanah projek tebatan banjir dan pembinaan kolam takungan Telok Gadong.

Beliau berkata, 15 struktur binaan didirikan di atas rizab yang terbabit dalam projek itu.

“PDTK sudah mengeluark­an notis 425 pendudukan tanpa kebenaran kepada semua pemilik itu pada 21 Jun lalu untuk penduduk membuka atau mengosongk­an struktur binaan itu bagi melancarka­n pembinaan projek terbabit.

“Namun, selepas notis tamat tempoh, PDTK mendapati struktur itu masih seperti sedia kala dan mesyuarat penyelaras­an diadakan bersama agensi serta pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan bagi menyelesai­kan isu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Klang (MPK), polis, Jabatan Veterinar serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pemilik gerai di Kampung Delek, Klang diroboh pihak berkuasa

 ??  ?? JAILANI bersama isteri menunjukka­n kawasan gerainya yang dirobohkan.
JAILANI bersama isteri menunjukka­n kawasan gerainya yang dirobohkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia