Harian Metro

Terus jadi mata, telinga SPRM

-

Orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu terus menjadi mata serta telinga Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan berkongsi maklumat berkaitan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa di negara ini.

Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kejayaan SPRM di bawah kepemimpin­an Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad membongkar jenayah rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh dinafikan kerana ia mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabang­sa.

Menurutnya, ia seharusnya mendapat pujian dan sokongan semua pihak kerana kejayaan itu membuktika­n mereka serius dalam menangani musuh nombor satu negara itu.

“Sehubungan itu saya menasihatk­an orang ramai dan NGO supaya terus menjadi mata dan telinga SPRM. Segera membuat laporan kepada agensi itu sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Lee berkata, banyak pihak termasuk agensi Kerajaan Pusat dan negeri serta pihak swasta turut menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk memerangi masalah itu dalam organisasi mereka melalui kerjasama dengan SPRM.

Katanya, tindakan itu sekali gus menunjukka­n semakin ramai yang sedar kepentinga­n memerangi rasuah demi kesejahter­aan negara dan masyarakat.

 ??  ?? Segera buat laporan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan rasuah”
Lee Lam Thye
Segera buat laporan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan rasuah” Lee Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia