Harian Metro

Masuk ICU diserang penyamun

-

Kajang: Seorang tukang kasut terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang apabila mengalami cedera parah pada muka, bahu dan tangan selepas diserang seorang lelaki menggunaka­n senjata tajam dalam kejadian samun di Bandar Mahkota Cheras, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, lelaki berusia 47 tahun dan memegang status penduduk tetap (PR) terbabit dikatakan berjalan sendirian di lokasi sebelum diserang suspek yang tidak dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihak polis mendapat panggilan awam memaklumka­n berlaku kejadian samun yang mendatangk­an kecederaan parah terhadap seorang lelaki.

“Siasatan mendapati mangsa berjalan seorang diri untuk pulang ke rumah sebelum diserang lelaki dengan senjata tajam lalu melarikan beg silangnya yang mengandung­i barang berharga termasuk telefon bimbit bernilai RM200.

“Mangsa cedera parah di bahagian muka, bahu dan jari kiri lalu dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatka­n rawatan. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia