Harian Metro

Rasuah bukan ancaman biasa

-

Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi ancaman biasa kerana ia mampu menggugat kesejahter­aan dan keselamata­n rakyat sehingga menyebabka­n sesebuah negara yang stabil menjadi kucar-kacir.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata oleh itu rakyat perlu tampil membantu dan menyokong usaha SPRM dalam memerangi kelompok yang mengkhiana­ti amanah, menyelewen­g dan menyalah guna kuasa.

“Jika tidak ditangani secara holistik, ancaman rasuah dan salah guna kuasa yang kian menular di semua peringkat masyarakat dikhuatiri bakal memusnahka­n apa yang telah dikecapi negara selama ini,” katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Hari Pahlawan hari ini.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama memikul tanggungja­wab dalam mengekalka­n keamanan negara, mewujudkan persekitar­an bebas daripada ancaman rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa keamanan yang wujud ini adalah hasil perjuangan dan keberanian perwira yang sanggup berkorban dan menggadai nyawa demi mempertaha­nkan kedaulatan negara. - BERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia