Harian Metro

Lelaki samun kedai 24 jam ditahan

-

Petaling Jaya: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas disyaki melakukan samun ke atas sebuah kedai serbaneka 24 jam dalam serbuan di Kelana Jaya, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, suspek berusia 30-an terbabit ditahan oleh pasukan khas dari Balai Polis Kelana Jaya di sebuah rumah menerusi Op Rentap selepas melakukan risikan hasil maklumat awam.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki terbabit dalam kejadian samun ke atas kedai serbaneka 24 jam di daerah ini pada awal bulan lalu. Suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n penahanan suspek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia