Harian Metro

Jalan-jalan naik MRT

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Pengguna pilih pengangkut­an moden bawa keluarga bersiar-siar hujung minggu

Lokasi perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang berdekatan pusat beli-belah mendorong ibu bapa menggunaka­n pengangkut­an awam moden itu membawa anak bersiar-siar sempena cuti hujung minggu kerana ia mudah dan selesa.

Tinjauan Harian Metro di beberapa stesen seperti Muzium Negara, Bukit Bintang, Cochrane, Maluri dan Pasar Seni mendapati laluan berkenaan menjadi pilihan dan lokasi tumpuan penumpang untuk disinggahi.

Pegawai kerajaan Zusmaidi Abdul Aziz, 33, berkata dia dan isteri Norhidayah Johari, 33, serta dua anak mereka tidak melepaskan peluang bersiar-siar menaiki pengangkut­an awam itu buat kali pertama.

“Hujung minggu adalah masa sesuai saya bersama keluarga. Jadi, saya ambil kesempatan ini melawat tempat berdekatan dengan stesen seperti Muzium Negara.

“Sambil

menaiki

MRT, kami dapat melawat tempat menarik di sekitar stesen, selain mengelak daripada kesesakan jalan raya,” katanya.

Kemudahan MRT SBK fasa kedua yang dibuka kepada pengguna 17 Julai lalu menyediaka­n pelbagai akses kepada pengguna membabitka­n 43 pusat beli-belah, pasar raya, pasar basah, restoran makanan segera dan kedai barangan.

Selain selesa dan pantas, guru, Suyanti Mohd Jonit, 39, turut mengambil kesempatan membawa anak lelakinya berusia tujuh tahun, Arif Zikri Airi bersiar-siar di beberapa stesen sekitar ibu kota.

“Saya cuma memandu kira-kira 10 minit dari rumah di Bandar Baru Bangi dan parkir di Stesen Kajang. Memang berpuas hati dengan kemudahan baru ini dan saya serta keluarga mungkin akan menggunaka­nnya dengan lebih kerap lagi,” katanya.

Pegawai bank, Muda Ariffin, 51, berkata, kemudahan itu begitu selesa dan memudahkan pergerakan­nya yang sering berulang-alik menggunaka­n pengangkut­an awam dari rumah di Kajang ke tempat kerja di KL Sentral.

“Sebelum ini saya menggunaka­n perkhidmat­an Komuter dari Stesen Kajang untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Namun, kini ada satu lagi pilihan iaitu MRT yang selesa dan paling penting, banyak stesen disediakan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA ibu bapa yang membawa keluarga bersiar-siar di ibu kota menggunaka­n pengangkut­an MRT.
ANTARA ibu bapa yang membawa keluarga bersiar-siar di ibu kota menggunaka­n pengangkut­an MRT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia