Harian Metro

Ketuai delegasi ke mesyuarat OIC

-

Shah Alam: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan menyertai program berbasikal Selangor 1.0 anjuran Invest Selangor Berhad, dekat sini, semalam.

Bermula jam 7.30 pagi, program kayuhan santai sejauh 25 kilometer itu membawa peserta mengenali kawasan perindustr­ian strategik di Shah Alam.

Lebih 1,200 peserta menyertai program kayuhan santai berkenaan.

Dalam program itu, Tengku Amir Shah bersama-sama peserta menanam 700 pokok di pekarangan tempat letak kereta syarikat Asian NDK Crystal Sdn Bhd di Seksyen 26.

Program menanam pokok itu diilhamkan sendiri Tengku Amir Shah bagi membina nilai warga korporat komuniti perindustr­ian yang baik di samping untuk pemulihara­an alam sekitar.

Peserta Toskhan Saring, 68, berkata, dia teruja berpeluang menyertai kayuhan santai bersama Raja Muda Selangor.

“Sudah tiga tahun saya terbabit dalam acara berbasikal, namun ini antara yang paling manis apabila peserta berpeluang mengayuh basikal bersama Raja Muda.

“Bukan itu saja, saya berpeluang berswafoto bersama Raja Muda,” katanya yang berasal dari Morib, Banting.

Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat Invest Selangor Berhad berkata, program itu diharap merapatkan hubungan di antara kerajaan Selangor dan komuniti perindustr­ian melalui persaingan sihat dalam sukan berbasikal.

 ??  ?? TENGKU Amir Shah (dua dari kiri) bersedia untuk acara berbasikal dilepaskan.
TENGKU Amir Shah (dua dari kiri) bersedia untuk acara berbasikal dilepaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia