Harian Metro

Inspektor minta RM100,000 bebas suspek culik direman 7 hari

-

Seorang pegawai polis ditahan selepas disyaki menerima suapan membebaska­n suspek kes culik di Country Homes Rawang, Januari lalu.

Difahamkan, suspek berpangkat inspektor yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu

Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ditahan di pejabatnya, Khamis lalu.

Menurut sumber, pegawai polis berusia 32 tahun itu dikatakan meminta suapan daripada ahli keluarga lelaki itu yang ditahan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, suspek dipercayai berjumpa ahli keluarga lelaki itu dan memaklumka­n mereka perlu membayar RM100,000 untuk membebaska­nnya.

“Ahli keluarga mangsa menyerahka­n wang (suapan) berkenaan kepada pegawai polis terbabit yang memaklumka­n lelaki itu akan dibebaskan tidak lama lagi.

“Bagaimanap­un, lelaki itu masih tidak dibebaskan selepas menunggu suatu tempoh, sebelum ahli keluarga membuka mulut dengan memaklumka­n perkara itu kepada polis,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad mengesahka­n tangkapan itu berkata, pegawai terbabit kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia