Harian Metro

PROSPEK BESAR TEKSTIL, PERUBATAN

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

Pakistan terus memperkuku­hkan hubungan dagangan dua hala bersama Malaysia sempena menyambut ulang tahun diplomatik­nya ke-60 bersama Malaysia tahun ini terutama menerokai peluang perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) yang dimeterai kedua-dua pihak pada 2007.

Antara langkah yang diatur Pakistan bagi tujuan itu dengan membawa lebih delegasi peniaga dari negaranya untuk mengadakan kerjasama perniagaan dengan pemain industri tempatan khasnya dalam sektor pembinaan, tekstil, pelancong, agrokultur dan alatan perubatan.

Pesuruhjay­a Tinggi Pakistan Syed Hassan Raza berkata, langkah itu bagi membantu meningkatk­an nilai dagangan kedua-dua negara yang merosot sejak lima tahun lalu iaitu pada 2016 sekitar RM5.3 bilion dan 2012 sejumlah RM9.8 bilion.

Beliau berkata, kemerosota­n nilai itu disebabkan majoriti produk berasaskan minyak sawit yang diimport dari Malaysia sebelum ini bertukar ke Indonesia memandangk­an syarikat tempatan banyak beroperasi di Indonesia dalam industri berkenaan.

“Bagi memastikan nilai perdaganga­n ini dapat ditingkatk­an, kami ingin mempelbaga­ikan sektor perdaganga­n dengan Malaysia terutama membabitka­n industri yang telah lama kami sertai seperti tekstil.

“Malah, produk perubatan kami yang banyak dieksport ke Eropah juga mempunyai kualiti baik dan ia mungkin boleh diambil kira syarikat tempatan untuk mengadakan kerjasama perniagaan dengan usawahan di Pakistan,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Dalam laporan terdahulu, Malaysia-Pakistan mencatatka­n nilai dagangan berjumlah RM5.3 bilion pada 2016 berbanding RM5 bilion pada tahun sebelumnya. Nilai eksport produk Malaysia pada tahun lalu ke Pakistan ialah sejumlah RM4.8 bilion.

 ??  ??
 ??  ?? SYED Hassan
SYED Hassan
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia