Harian Metro

Geely-Proton eksport 280,000 kereta

-

Tanjung Malim: Kerajaan menyasarka­n pengeluara­n kira-kira 280,000 unit kereta bagi pasaran Asia Tenggara dan China menerusi hasil pakatan strategik antara firma terkemuka China, Zhejiang Geely Holdings Group dengan syarikat automotif Proton Holdings Berhad (Proton).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, pasaran kereta di Malaysia kecil yang mana setakat tahun lalu, jualan kereta pelbagai jenama adalah 580,000 unit berbanding China dengan jualan tahunan 28 juta unit.

“China nak bantu kita satu peratus daripada jumlah itu. Bagi mencapai sasaran berkenaan, Proton memerlukan rakan strategik kerana penyelidik­an serta reka bentuk bertaraf dunia penting untuk bersaing dalam pasaran antarabang­sa.

“Syarikat Geely boleh menyokong dari segi penyelidik­an canggih kerana kita perlu menghadapi satu perubahan besar. Sekarang semua syarikat kereta berlumba-lumba untuk menghasilk­an kereta yang dipandu sendiri sepenuhnya seperti Volvo dan Mercedes,” katanya selepas merasmikan Ekspo Tanam Tuai di sini, baru-baru ini.

Katanya, oleh itu, Geely bersama-sama Proton perlu membina kilang di sini untuk tempoh lima tahun ini. Apabila kilang berkenaan siap, kereta akan memasuki pasaran China dan Asia Tenggara kerana rantau berkenaan adalah satu destinasi yang penting kerana mempunyai 600 juta rakyat.

Ong berkata, kilang pembuatan kereta Proton akan tertumpu di Tanjung Malim yang mana sebahagian besarnya masih di Shah Alam, Selangor. - BERNAMA

 ??  ?? PERUBAHAN besar bakal berlaku di kilang Tanjung Malim.
PERUBAHAN besar bakal berlaku di kilang Tanjung Malim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia