Harian Metro

Peluang lebih besar

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

AutoV kerjasama dengan Ningbo AIA perkukuh industri automotif

Globaltec Group menerusi anak syarikatny­a, AutoV memeterai perjanjian persefaham­an (MoU) dengan agensi dari China, Ningbo AIA bagi memperkuku­hkan pertumbuha­n kumpulan di pasaran ASEAN dalam industri automotif.

Ningbo AIA adalah agensi kerajaan yang mewakili lebih 200 enterpris daripada industri automotif di Ningbo dan menjadi pelabuhan utama dan hab perindustr­ian di Zhejiang, timur China.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Globaltec, Datuk Seri Dr Goh Tian Chuan berkata, AutoV mempunyai pengalaman dalam perniagaan automotif sejak lebih 20 tahun dan bersama Proton sejak penubuhann­ya.

“Sempena inisiatif One Belt,

One Road (OBOR), perjanjian ini membuka peluang kepada lebih banyak kerjasama dengan negara lain, malah Globaltec tersenarai di Bursa Malaysia dengan kepelbagai­an perniagaan di Asia Tenggara.

“Menerusi MoU ini, AutoV akan meluaskan kapasiti pengeluara­n sebagai pengilang untuk ahli Ningbo AIA dan meneroka pasaran China secara besar-besaran,” katanya di majlis menandatan­gani MoU antara AutoV dan rakan strategik Ningbo AIA, di sini, semalam.

Menurutnya, kerjasama strategik itu juga membolehka­n syarikat mengambil manfaat mengukuhka­n pasaran automotif di rantau ASEAN.

Goh berkata, pihaknya menyasarka­n AutoV akan menyumbang 60 peratus pendapatan kepada Globaltec dalam tempoh dua hingga tiga tahun melalui MoU ini.

“Kami berharap kerjasama ini menjadi permulaan kepada hubungan jangka panjang yang dapat memberi keuntungan kedua-dua pihak dan menyediaka­n pasaran lebih luas terutama bagi segmen alat ganti serta aksesori automotif,” katanya.

 ??  ?? DR Goh (lima dari kiri) pada majlis menandatan­gani MoU antara AutoV dan rakan strategik Ningbo AIA.
DR Goh (lima dari kiri) pada majlis menandatan­gani MoU antara AutoV dan rakan strategik Ningbo AIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia