Harian Metro

Sasar jual 2,000 motosikal sebulan

-

Georgetown: MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MFBHSB), syarikat pengedar motosikal jenama SM Sport menyasarka­n jualan 2,000 unit sebulan di seluruh negara.

Pengurus Besar Operasi MFBHSB Asri Ahmad berkata, sasaran itu sebagai langkah proaktif dan strategi MFBHSB apabila melancarka­n model terbaru SM Sport 110R secara rasminya, Ahad lalu.

Beliau berkata, harga jualan ditawarkan jauh lebih murah berbanding jenama lain dipasarkan di Malaysia iaitu RM3,788 seunit dan motosikal terbaru itu cukup menarik apabila MFBHSB bekerjasam­a dengan Qian Jiang Motocycle melalui kaedah pemindahan teknologi dalam penciptaan motosikal.

“Selain itu, 30 peratus alat ganti dan aksesori motosikal ini menggunaka­n buatan tempatan selain komponen dari luar negara,” katanya ketika pada majlis pelancaran motosikal SM Sport, di sini.

Hadir sama, Pengurus Perancanga­n Produk MFBHSB Omar Yani Othman.

 ??  ?? DARI kiri Omar, Asri dan Pengurus Penolong Pemasaran MFBHSB, Paul Loo menunjukka­n motosikal baru jenama SM Sport 110R di Hotel Equatorial, Jalan Bukit Jambul.
DARI kiri Omar, Asri dan Pengurus Penolong Pemasaran MFBHSB, Paul Loo menunjukka­n motosikal baru jenama SM Sport 110R di Hotel Equatorial, Jalan Bukit Jambul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia