Harian Metro

Program Spanco cari bakat Bumiputera minat automotif

-

Semenyih: Spanco Sdn Bhd (Spanco), penyedia perkhidmat­an pengurusan kenderaan bagi sektor kerajaan memperuntu­kkan modal RM400,000 bagi melaksanak­an Program Spanco Peneraju Skill Iltizam Automotif yang menyasarka­n bakat Bumiputera yang berminat untuk menceburi bidang automotif.

Melalui program itu, syarikat dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) akan membiayai 75 bakat Bumiputera bagi menjalani latihan kemahiran selama enam bulan bagi mendapatka­n sijil Penyelengg­araan dan Baik Pulih Kenderaan Ringan yang diiktiraf Institut Industri Motor (IMI), United Kingdom.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Azman Idris berkata, pengenalan program itu kesinambun­gan daripada komitmen syarikat untuk menjadi penaja program pembanguna­n bakat Bumiputera yang dijalankan Yayasan Peneraju.

“Program itu satu daripada program tanggungja­wab sosial korporat kami untuk menyokong agenda transforma­si kerajaan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan,” katanya pada pelancaran Program Spanco Peneraju Skill Iltizam Automotif, di sini, kelmarin.

Program bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan

Azman Idris

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia