Harian Metro

Kempen #YouCanDuit di Pulau Pinang

-

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi Kempen #YouCanDuit meluaskan kegiatanny­a di Pulau Pinang bagi merakyatka­n ekonomi digital dalam kalangan B40 dan M40.

Pelancaran Kempen #YouCanDuit di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang berlangsun­g dari 29 sehingga 30 Julai 2017 dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Hilmi berkata, usahasama daripada MDEC yang membawa kempen #YouCanDuit ke negeri Pulau Pinang harus dipuji kerana kepentinga­n teknologi digital dan ia menjadi sebahagian daripada elemen kehidupan terutamany­a kepada golongan Gen Y.

“Program eUsahawan dan eRezeki oleh MDEC harus diketengah­kan dalam kalangan rakyat kerana ia sangat bersesuaia­n dan bertepatan dengan masa dan keadaan kita pada hari ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia