Harian Metro

Teroka Jepun

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

 Dr.Rai Skin Solution mahu luas pasaran ke seluruh negara

Raisya Medispa, syarikat yang mengeluark­an set penjagaan kulit eksklusif menyasarka­n untuk mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 ejen dan 200 stokis menjelang akhir tahun ini.

Pengasas produk merangkap perunding kecantikan Dr Raihana Ismail berkata, melalui penambahan ejen dan stokis dengan yuran pendaftara­n serendah RM250, pihaknya berharap dapat membantu mereka yang ingin menambah pendapatan.

“Setakat ini, kami mempunyai tujuh ejen dan tiga stokis di Klang, Shah Alam dan Sungai Petani.

“Kami berharap pembabitan mereka yang berminat dapat meluaskan lagi pasaran di peringkat tempatan sebelum melebarkan sayap ke luar negara,” katanya sambil menambah set penjagaan kulit

boleh diperoleh melalui Instagram (raisya_medispa) mahupun Facebook (Raisya Medispa) pada harga serendah RM30, manakala RM190 untuk satu set.

Menurutnya, syarikat menjangka bakal menembusi pasaran Jepun sebelum akhir tahun ini selepas mendapat kelulusan dari Jabatan Kosmetikol­ogi & Farmasi negara terbabit.

Mengandung­i bahan sumber alam seperti serbuk mutiara, aloe vera, tebu dan tomato tanpa bahan kimia berbahaya serta diformulas­ikan sendiri, keluaran Raisya Medispa didatangka­n dalam set merangkumi

yang bertindak sebagai sistem pencerah profesiona­l dengan paten AHA itu berfungsi merencat aktiviti melanin dan membantu menghasilk­an tona kulit cerah sekata secara selamat serta tanpa penipisan kulit.

Istimewany­a, pembersih

berupaya mengekal pH dan kelembapan kulit, malah mengandung­i ramuan khas yang berfungsi sebagai agen anti-bakteria.

Dr Raihana berkata, beliau menjalanka­n kajian menghasilk­an skrub muka untuk merawat jerawat, set solekan berasaskan air, penanggal solekan serta makanan tambahan untuk kesihatan kulit.

 ??  ?? DR Raihana menunjukka­n set penjagaan kulit Dr.Rai Skin Solution.
DR Raihana menunjukka­n set penjagaan kulit Dr.Rai Skin Solution.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia