Harian Metro

Perkenal MILO Nutri-Up di pasaran

-

Jaya: Pengeluar minuman berkhasiat MILO meluaskan pasaran mereka apabila mengeluark­an produk terbaru, yang kaya dengan kalsium dan sumber protein tinggi.

Pengurus Kanan Jenama Minuman Cecair Nestle Angeline Lim berkata, produk terbaru itu disasarkan kepada belia dan kanak-kanak kerana mempunyai pelbagai khasiat.

“Minuman ini mengandung­i khasiat seperti sumber kalsium serta protein yang tinggi sesuai dengan gaya hidup golongan muda dan kanak-kanak aktif.

“Ia juga kurang manis berbanding minuman sebelum ini. berbeza dengan produk sedia ada yang dijual di pasaran,” katanya pada Karnival Promosi di pusat beli-belah One Utama, Damansara, di sini.

Lim berkata, karnival promosi produk terbaru itu adalah yang pertama dilaksanak­an dan pihaknya memberi fokus kepada pengguna di Lembah Klang terlebih dulu.

“Buat masa ini, kita fokus kepada pengguna di sekitar Lembah Klang dulu, selepas ini kita akan kembangkan ke seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? LIM (kanan) menunjukka­n botol minuman MILO Nutri-Up pada majlis pengenalan produk itu.
LIM (kanan) menunjukka­n botol minuman MILO Nutri-Up pada majlis pengenalan produk itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia