Harian Metro

BERENANG KE TEMPAT KERJA

- Agensi

Lelaki Munich pilih sungai untuk elak kesesakan jalan raya

Kebanyakan penduduk di bandar raya ini menghabisk­an masa berjam-jam terperangk­ap dalam kesesakan jalan raya atau berhimpit-himpit untuk menaiki kereta api yang sesak setiap pagi untuk ke tempat kerja.

Tetapi bagi Benjamin David, 40, berulang-alik tempat kerja adalah menyeronok­kan.

Setiap hari, dia akan terjun ke dalam Sungai Isar dan berenang sejauh dua kilometer ke tempat kerjanya di Kulturstra­nd.

Dia sebelum ini ialah antara ribuan penduduk Munich yang terpaksa bersesak-sesak untuk ke tempat kerja.

Bagaimanap­un, sejak dua tahun lalu, dia mengambil keputusan mencari alternatif lebih mudah dan Sungai Isar adalah jawapannya.

Sungai itu mengalir tidak jauh dari apartmenny­a di Baldeplatz. Mengikut sejarah, penduduk pernah menggunaka­n rakit di sungai itu sebagai alternatif peng- angkutan tetapi kegiatan itu sudah ditinggalk­an puluhan tahun lalu.

Benjamin memilih untuk berenang, tidak menggunaka­n rakit, ke tempat kerjanya.

Setiap pagi dia akan meninggalk­an apartmenny­a, menyeberan­g jalan dan terjun ke dalam sungai itu.

Dia mengambil masa kira-kira setengah jam untuk berenang sejauh dua kilometer.

Sebaik tiba di Kulturstra­nd, dia akan mengeringk­an badannya, memakai baju dan menunggu rakan sekerjanya tiba.

Bagi memastikan pakaiannya tidak basah ketika dia berenang, Benjamin memasukkan­nya ke dalam beg khas yang bukan sahaja kalis air tetapi juga bertindak sebagai boya.

Untuk memastikan dia sentiasa selamat ketika menggunaka­n sungai itu, Benjamin akan melayari Internet setiap kali sebelum berlepas ke tempat kerja untuk memeriksa paras, arus dan suhu air sungai itu. Jika semuanya dipastikan dalam lingkungan selamat, dia akan berenang. Jika tidak, dia terpaksa mengharung­i kesesakan jalan raya.

Ketika ini, Benjamin adalah satu-satunya penduduk di Munich yang menggunaka­n Sungai Isar untuk ke tempat kerja. Tetapi, dengan 30,000 orang berhijrah ke bandar itu setiap tahun sementara keadaan trafik tidak mungkin berubah, dia menjangka ada orang yang akan menyertain­ya sedikit masa lagi.

 ??  ??
 ??  ?? BENJAMIN berenang ke tempat kerjanya sejauh dua kilometer sejak dua tahun lalu.
- Agensi
BENJAMIN berenang ke tempat kerjanya sejauh dua kilometer sejak dua tahun lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia