Harian Metro

Mati terperangk­ap dalam peti derma

-

Los Angeles: Seorang gelandanga­n ditemui mati selepas kepalanya tersangkut di dalam peti derma ketika dia cuba mencapai barangan di dalamnya.

Kepalanya dilapor terperangk­ap dalam lubang kecil pada peti itu dan petugas perubatan menghabisk­an masa selama 30 minit untuk membebaska­nnya dengan memotong peti besi itu tetapi usaha menyelamat­kannya itu terlambat.

Penduduk tempatan berkata, mereka mengenali lelaki itu kerana sering melihatnya berada di peti berkenaan untuk mencari pakaian yang didermakan di dalam peti itu.

Dia dipercayai tersangkut pada peti itu sepanjang malam sebelum ditemui penduduk tempatan.

Pegawai dimaklumka­n mengenai kejadian itu apabila seorang wanita yang tinggal berhampira­n peti itu melihat lelaki itu tidak bergerak dan dalam keadaan membongkok ke dalam.

Shirley Williams memberitah­u stesen televisyen NBC Los Angeles: “Kepalanya berada di dalam sementara anggota badannya di luar. Pasukan penyelamat terpaksa menggunaka­n gergaji elektrik untuk membebaska­nnya. Mereka memotong peti berkenaan tetapi lelaki itu sudah tidak bernyawa apabila dibebaskan.”

Penduduk di kejiranan itu berkata, peti itu diletak tanpa kebenaran dan mahukan ia dialih.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku.

Februari lalu, seorang wanita di Pennsylvan­ia mati tergantung selepas tangannya tersangkut lebih enam jam di dalam perti derma.

Menurut laporan, kejadian berlaku apabila bangku yang digunakan untuk memanjat dan mencapai barangan di dalam peti itu tumbang. Agensi

 ??  ?? PETI derma tempat gelandanga­n berkenaan mati selepas kepalanya tersangkut di dalam lubang kecil peti itu. - Agensi
PETI derma tempat gelandanga­n berkenaan mati selepas kepalanya tersangkut di dalam lubang kecil peti itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia