Harian Metro

Polis tembak datuk bandar

- AFP

Sdatuk bandar di Filipina yang pernah dituduh terbabit dalam pengedaran dadah mati ditembak polis dalam satu serbuan pada awal pagi semalam.

Datuk Bandar Ozamiz, Reynaldo Parojinog adalah pegawai tempatan terbaru yang ditembak mati polis sejak Presiden Rodrigo Duterte melancarka­n kempen memerangi dadah.

Duterte sebelum ini menuduh secara terbuka pegawai kerajaan, polis dan hakim yang disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Antaranya adalah Parojinog yang terbunuh bersama 11 yang lain termasuk isteri dan adiknya.

Anak perempuan Parojinog, Nova Echaves yang juga Timbalan Datuk Bandar, ditangkap dan dibawa ke Manila atas faktor keselamata­n.

Jurucakap polis Filipina, Lemuel Gonda berkata, polis menyerbu rumah Parojinog selepas mendapat waran untuk menggeleda­h kediaman berkenaan.

>>Polis temui senjata api, bom tangan dan dadah di rumah datuk bandar itu

“Bagaimanap­un, pengawal datuk bandar itu melepaskan tembakan ke arah polis menyebabka­n kami terpaksa membalas serangan,” katanya.

Ketua polis wilayah Ozamiz, Jaysen De Guzman pula memberitah­u, polis me nemui senjata api, bom tangan dan dadah di rumah datuk bandar itu.

Duterte menang besar dalam pilihan raya presiden tahun lalu selepas berjanji membunuh penjenayah dan pengedar dadah bagi mengatasi masalah dadah di negara itu.

Sejak Duterte berkuasa, polis melaporkan menembak mati hampir 3,200 suspek dadah dalam kempen berkenaan.

Lebih 2,000 lagi suspek terbunuh dalam kejadian serangan berkaitan dadah. Dua lagi datuk bandar yang dituduh Duterte terbabit dengan aktiviti dadah juga ditembak mati pada tahun lalu.

Pegawai tempatan ketiga terbunuh selepas dituduh terbabit dengan dadah

 ??  ?? DATUK Bandar Ozamiz, Reynaldo Parojinog (kiri) bersama anak perempuann­ya, Nova Echaves yang juga Timbalan Datuk Bandar. - Agensi
DATUK Bandar Ozamiz, Reynaldo Parojinog (kiri) bersama anak perempuann­ya, Nova Echaves yang juga Timbalan Datuk Bandar. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia