Harian Metro

Tangkap sindiket tipu warga China

-

Surabaya: Polis Indonesia menahan 91 warga asing dan dua warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam satu sindiket penipuan melalui telefon dan Internet.

Polis Indonesia yang dibantu polis China menangkap semua suspek termasuk 26 wanita dalam serbuan di empat rumah di satu kawasan perumahan mewah di bandar ini kelmarin.

Jurucakap polis, Susatyo Purnomo Condro berkata, sindiket itu dipercayai sudah beroperasi selama setahun dan menyasarka­n mangsa di China.

Katanya, daripada 91 suspek, 33 berasal dari China, seorang warga Malaysia dan selebihnya dari Taiwan.

“Anggota sindiket ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang berperanan untuk menipu mangsa yang disasarkan mereka.

“Sebahagian suspek ditugaskan mengintip kekayaan dan membuat profil mangsa dan satu kumpulan lagi akan menghubung­i mangsa bagi memberitah­u mereka dikesan terbabit dengan aktiviti jenayah.

“Beberapa kumpulan yang menyamar anggota polis meminta mangsa membayar sejumlah wang bagi mengelak mereka di dakwa,” katanya yang dipetik detik.com.

Menurutnya, pihak berkuasa sebelum ini menangkap sindiket penipuan serupa di Bali dan Jakarta dipercayai daripada jaringan yang sama.

“Kami masih menyiasat semua suspek dan proses siasatan mungkin mengambil masa kerana mereka tidak tahu berbahasa Indonesia dan Inggeris,” jelasnya. - Agensi

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 91 suspek warga asing yang terbabit dalam sindiket penipuan ditahan di empat buah rumah di Surabaya kelmarin. - Detik.com
SEBAHAGIAN daripada 91 suspek warga asing yang terbabit dalam sindiket penipuan ditahan di empat buah rumah di Surabaya kelmarin. - Detik.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia