Harian Metro

2 pelombong emas ditimbus tanah runtuh

-

Dua pelombong emas maut selepas ditimbus tanah runtuh kelmarin yang berpunca daripada hujan lebat di Tembagapur­a, Timika, Papua.

Agus Sumarno, 35, dan Sardiono, 30, ditimbus hidup-hidup apabila khemah mereka dilanda tanah runtuh di sempadan kampung Utikini dan Banti pada jam 12.30 pagi (waktu tempatan).

“Mangsa ditimbus timbunan tanah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Lima lagi rakan mangsa yang berada di khemah itu ketika kejadian terselamat,” kata ketua polis Tembagapur­a, Hasmulyadi kepada Jakarta Post.

Menurutnya, pasukan penyelamat yang dibantu polis berjaya mengeluark­an mayat mangsa kira-kira dua jam selepas kejadian.

Menurutnya, mayat kedua-dua lelaki itu dibawa ke Tembagapur­a Hospital untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halaman mangsa di Pati, Jawa Tengah.

Hasmulyadi memberitah­u, lokasi kejadian berisiko tinggi berlakunya tanah runtuh terutama sekali ketika musim hujan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia