Harian Metro

Taiwan dilanda 2 taufan Ujian amaran kepada AS

- Agensi

Taiwan berdepan dengan ribut petir kedua dalam masa dua hari semalam selepas Taufan Nesat membadai pulau berkenaan, menyebabka­n 103 orang cedera serta banjir dan memutuskan bekalan elektrik ke ratusan ribu kediaman.

Sebahagian besar Taiwan lumpuh kelmarin selepas Nesat melanda Yulan, wilayah di timur negara itu dengan membawa ombak setinggi 15 meter dan hujan sehingga 58 sentimeter.

Nesar bergerak meninggalk­an pulau berkenaan semalam sementara ribut petir Haitang pula dilapor bergerak menuju ke selatan negara itu, lapor Biro Pusat Cuaca.

Ini kali pertama dalam masa 50 tahun Taiwan mengeluark­an amaran untuk dua taufan.

“Haitang semakin kuat dan dijangka membawa bersamanya hujan lebat ke tengah dan selatan Taiwan dari malam ini (malam tadi) hingga esok (hari ini),” kata pakar kaji cuaca, Lin Ting-i.

Lebih 10,000 orang dipindahka­n kelmarin dengan 5,338 anggota tentera dikerah untuk membantu mangsa.

Kebanyakan perkhidmat­an kereta api digantung dan lebih 300 penerbanga­n domestik dan antarabang­sa dibatalkan atau ditunda.

Sekurang-kurangnya 103 orang cedera, kebanyakan akibat ditimpa objek yang jatuh atau terbabit dalam kemalangan kereta sementara ada kerana terjatuh.

Sehingga semalam, kira-kira 140,000 kediaman masih terputus bekalan elektrik. - Agensi

Korea Utara semalam berkata, ujian peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM) yang terbarunya adalah amaran yang menyasarka­n Amerika Syarikat kerana usaha negara itu untuk menguatkua­sakan sekatan baru terha- dap Pyongyang di samping ancaman serangan balas jika ia diprovokas­i secara ketenteraa­n oleh Washington.

Korea Utara mengadakan ujian kedua senjata berkenaan lewat Jumaat lalu dengan pemimpinny­a Kim Jong-Un bermegah dengan keupayaan negaranya mampu menyerang sehingga ‘semua tanah besar Amerika Syarikat.’

Pyongyang ingatkan

Washington supaya tidak berusaha kenakan sekatan ke atasnya sekatan baru terhadap Pyongyang

Butir teknikal mengenai ujian itu menunjukka­n ia lebih kuat berbanding senjata pertama yang diuji 4 Julai lalu dan secara teorinya mampu menjejaki pantai timur Amerika Syarikat, menurut pakar.

“Ujian ICBM kali ini bertujuan untuk memberi amaran tegas kepada Amerika Syarikat supaya tidak membuat kenyataan mengarut seperti mengenakan sekatan dan memberi tekanan terhadap DPRK (Korea Utara),” menurut kenyataan Kementeria­n Luar yang disiarkan agensi berita rasmi negara itu, KCNA.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran ia tidak akan membenarka­n China, satu-satunya sekutu kuat Korea Utara untuk membiarkan sahaja Pyongyang.

Trump yang tidak bersependa­pat dengan Beijing mengenai cara untuk menangani rejim Kim berulang kali mendesak China mengekang jirannya itu tetapi China tetap bertegas menyatakan, dialog adalah satu-satunya cara yang praktikal untuk mengatasi masalah Korea Utara.

Amerika Syarikat turut semalam mengerahka­n dua pesawat pengebomny­a terbang merentasi semenanjun­g Korea Utara dalam latihan bersama antara Jepun dan Korea Selatan, langkah yang dilihat untuk menunjukka­n kekuatanny­a kepada Korea Utara.

Bagaimanap­un Pyongyang menggesa Washington supaya ‘bangkit daripada mimpi bodohnya supaya tidak menyerang DPRK.’

 ??  ?? SEORANG lelaki terpaksa berpaut pada penghadang besi bagi mengelak dirinya daripada terjatuh ketika Taufan Nesar membadai Taipei, kelmarin. - Reuters
SEORANG lelaki terpaksa berpaut pada penghadang besi bagi mengelak dirinya daripada terjatuh ketika Taufan Nesar membadai Taipei, kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia