Harian Metro

Syarat dialog dengan Qatar

-

Dubai: Empat negara Arab yang memulaukan Qatar bersedia untuk mengadakan dialog untuk meredakan pertelingk­ahan sekiranya Doha bersetuju terhadap beberapa tuntutan.

“Kami bersedia mengadakan dialog dengan Qatar dengan syarat ia mengumumka­n secara jujur kesediaann­ya berhenti membiayai keganasan dan pelampau serta komited untuk tidak campur tangan dengan hal ehwal luar negara lain dan bertindak terhadap 13 tuntutan yang kami kemukakan,” kata Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khalid bin Ahmed al-Khalifa.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar di Manama selepas perbincang­an dengan rakan sejawatann­ya dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar sejak lebih sebulan lalu, termasuk mengenakan sekatan darat, laut dan udara ke atas negara itu atas alasan ia menyokong keganasan dan fahaman pelampau, termasuk memihak kepada Hamas di Palestin dan Ikhwanul Muslimin.

Sebagai sebahagian daripada pemulauan itu, keempat-empat negara berkenaan juga mengusir rakyat Qatar dari negara masing-masing.

Dalam pada itu, Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir semalam berkata, 13 tuntutan yang diberikan kepada Doha tidak boleh dirundingk­an.

Antara tuntutan itu ialah Qatar dikehendak­i mengurangk­an hubunganny­a dengan Iran, menutup stesen berita satelit Al Jazeera dan menghentik­an pembinaan markas tentera Turki.

“Tuntutan itu tidak boleh dirundingk­an. Qatar perlu mematuhiny­a,” kata Adel sambil menuduh Qatar tidak ikhlas ketika berikrar untuk memerangi keganasan. Agensi

Islamabad: Anggota Parlimen Pakistan akan memilih perdana menteri baru negara itu esok untuk menggantik­an Nawaz Sharif yang disingkirk­an dengan tokoh dari parti yang memerintah, Shahid Khaqan Abbasi dijangka menjadi pemimpin sementara sehingga adik Nawaz layak untuk memegang jawatan berkenaan.

Parlimen mengesahka­n tarikh itu selepas Presiden Mamnoon Hussain memanggil sidang khas berikutan keputusan Nawaz untuk mengemukak­an nama Shahid sebagai perdana menteri sementara dan menamakan adiknya, Shahbaz Sharif, 65 sebagai penggantin­ya untuk jangka panjang.

Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang menguasai 188 daripada 342 kerusi di Parlimen dijangka tidak mempunyai masalah untuk menamakan pengganti Nawaz, kecuali ada ahlinya yang berpaling tadah.

Langkah pantas untuk menyerahka­n kuasa secara teratur akan meredakan suasana politik selepas Nawaz disingkir daripada ja- watan perdana menteri berikutan keputusan Mahkamah Agung mendapatin­ya bersalah kerana tidak mengisytih­arkan sumber pendapatan­nya.

Mahkamah juga mengarahka­n siasatan jenayah dilakukan terhadap dia dan keluargany­a.

Penentang Nawaz mengecam rancangann­ya untuk melantik adiknya sebagai pengganti dengan menyifatka­nnya sebagai tidak demokratik dan bertujuan mewujudkan sebuah dinasti.

Shahid akan menjadi perdana menteri untuk dua bulan sehingga Shahbaz, ketua menteri wilayah Punjab memenangi pilihan raya kecil Parlimen dan layak untuk menjadi perdana menteri. Agensi

 ??  ?? MENTERI Luar empat negara Arab yang memulaukan Qatar bercakap pada sidang akhbar di Manama, Bahrain, semalam. - Al Jazeera
MENTERI Luar empat negara Arab yang memulaukan Qatar bercakap pada sidang akhbar di Manama, Bahrain, semalam. - Al Jazeera
 ??  ?? GAMBAR fail, NAWAZ (kiri) dan adiknya, Shahbaz.
GAMBAR fail, NAWAZ (kiri) dan adiknya, Shahbaz.
 ??  ?? SHAHID
SHAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia