Harian Metro

Pertempura­n di Yaman ragut 40 nyawa

-

Lebih 40 orang terbunuh dalam pertempura­n selama beberapa hari antara tentera Yaman yang disokong Arab Saudi dan pemberonta­k Houthi yang disokong Iran berhampira­n bandar pelabuhan Mokha.

Pertempura­n dilapor sengit di sekitar pangkalan tentera Khaled Ibn al-Walid di timur Mokha sejak tentera kerajaan menawannya daripada Houthi minggu lalu,

Enam belas anggota Houthi dan tujuh askar kerajaan terbunuh dalam pertempura­n dan serangan udara di luar Mokha semalam, menurut pegawai dan saksi di hospital di kawasan itu.

Dua puluh askar Yaman juga mati dalam serangan pemberonta­k di pangkalan Khaled di wilayah Taiz, kira-kira 40 kilometer ke timur Mokha kelmarin.

Pelabuhan Mokha di Laut Merah adalah laluan penting bagi perdaganga­n dan import antarabang­sa.

Pakatan diketuai Saudi kelmarin mendakwa Houthi menyerang pelabuhan itu dengan bot yang sarat dengan bahan letupan dan dikawal dari jarak jauh.

Pakatan itu yang turut dianggotai Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mendakwa berjaya menembak jatuh misil yang dilepaskan Houthi Ahad lalu berhampira­n Makkah.

Lebih 8,000 orang terbunuh dan jutaan hilang tempat tinggal sejak perang Yaman bermula. - Agensi

 ??  ?? ASKAR Yaman yang disokong Arab Saudi menunjukka­n tanda kemenangan selepas menawan kem strategik di Taiz, Khamis lalu. - Agensi
ASKAR Yaman yang disokong Arab Saudi menunjukka­n tanda kemenangan selepas menawan kem strategik di Taiz, Khamis lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia