Harian Metro

JUN HAO RUNTUH TEMBOK BESAR

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Pemain badminton negara ungguli Kejohanan Remaja Asia

Tembok Besar China berjaya diruntuhka­n oleh pemain perseorang­an lelaki negara Leong Jun Hao (gambar) apabila muncul juara Kejohanan Remaja Asia dengan menumpaska­n Bai Yupeng pada final di Jakarta semalam.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur dan pilihan keenam itu berjaya menamatkan kemarau tiga edisi apabila mencatat kemenangan 21-6, 20-22, 21-17 dalam aksi satu jam 14 minit.

Kejayaan Jun Hao, 18, merentap ego China apabila mereka menguasai acara perseorang­an lelaki sejak 2014 hingga 2016 melalui Shi Yuqi, Lin Guipu serta Sun Feixiang.

Kali terakhir wakil negara berjaya meraih emas dalam acara itu menerusi Soo Teck Zhi pada 2013 dan ia juga kejayaan terakhir Malaysia untuk acara lain termasuk berpasukan campuran.

“Saya berasa gembira kerana berjaya merangkul kejuaraan remaja Asia. Secara keseluruha­n saya memang beraksi amat baik pada set pertama, tapi di set kedua saya melakukan kesilapan kerana terlalu mahu cepat menamatkan permainan selepas mendahului hingga permainan,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, dalam set penentuan dia berjaya menyusun corak serangan terbaik dan akhir sekali berjaya menumpaska­n Yupeng.

“Kejayaan ini untuk negara, jurulatih dan keluarga saya,” katanya yang mula bermain badminton sejak berusia lapan tahun dan menjadikan jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.

Jun Hao juga mengakui dia semakin bersemanga­t untuk mengekalka­n aksi cemerlang itu termasuk di kejohanan terdekat Grand Prix Antarabang­sa Remaja India bulan depan.

“Saya juga berharap dengan gelaran juara remaja Asia ini mampu membantu saya bagi mengulangi kejayaan yang sama di Kejohanan Remaja Dunia,” katanya yang terkandas di pusingan keempat tahun lalu di Bilbao.

Kejohanan Remaja Dunia akan berlangsun­g di Yogjakarta dari 9 hingga 22 Oktober ini dan tahun lalu Malaysia meraih gangsa dalam acara perseorang­an lelaki melalui Lee Zii Jia.

 ??  ?? JUN Hao (tengah) menjuarai Kejohanan Remaja Asia selepas menewaskan Yupeng (dua dari kiri) pada aksi final di Jakarta, semalam.
JUN Hao (tengah) menjuarai Kejohanan Remaja Asia selepas menewaskan Yupeng (dua dari kiri) pada aksi final di Jakarta, semalam.
 ??  ?? Saya juga berharap dengan gelaran juara remaja Asia ini mampu membantu saya bagi mengulangi kejayaan yang sama di Kejohanan Remaja Dunia”
Leong Jun Hao
Saya juga berharap dengan gelaran juara remaja Asia ini mampu membantu saya bagi mengulangi kejayaan yang sama di Kejohanan Remaja Dunia” Leong Jun Hao

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia