Harian Metro

Mei Kuan, Meng Yean tak gentar

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gandingan beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akur tidak dihantar untuk beraksi dalam beberapa kejohanan antarabang­sa apabila mereka diminta untuk fokus persiapan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan.

Menurut Mei Kuan, setidak-tidaknya mereka mempunyai lebih masa untuk mempersiap­kan diri ke temasya dwitahunan itu yang juga penampilan sulung buat mereka.

“Memang tidak menyertai kejohanan antarabang­sa ada kalanya menyebabka­n kita berasa susah hati tapi Sukan SEA juga satu temasya besar dan kami sudah berbincang bersama jurulatih (Wong Pei Tty) serta pihak pengurusan mengenai perkara ini,” katanya.

Jelas pemain berusia 23 tahun itu, mereka sendiri berasa ia sesuatu yang memberi manfaat apabila tidak beraksi di kejohanan kalendar Persekutua­n Badminton Antarabang­sa (BWF) kerana memberi ruang untuk melakukan persiapan lebih khusus bagi Sukan SEA.

“Persiapan kami setakat ini semuanya berjalan lancar, terutama fizikal cuma dari segi mental ia bergantung ketika hari pertanding­an. Saya juga berasa sangat teruja kerana ia penampilan sulung di Sukan SEA. Sebagai tuan rumah memang ada sedikit tekanan namun kami harus memberikan segalanya.

“Tekanan mungkin kepada Vivian-Khe Wei (Vivian Hoo-Woon Khe Wei) tapi kami juga harus buat yang terbaik bagi rekod karier kami sendiri. Kami tidak akan berfikir panjang, hanya memberikan yang terbaik sama seperti kejohanan lain,” kata Mei Kuan.

Pemain beregu wanita negara perlu memberikan aksi terbaik selepas diletakkan sasaran oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertaha­nkan emas yang dimenangi dua edisi berturut-turut sebelum ini.

“Emas yang diraih Vivian-Khe Wei (2013 Myanmar) dan 2015 di Singapura (Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho) memberikan satu motivasi buat kami. Memang negara lain juga kuat seperti Indonesia dan Thailand tapi kami pernah lawan mereka, di mana sesiapa saja boleh menang atau kalah.”

 ??  ?? MENG Yean (kiri) dan Mei Kuan kini fokus hadapi Sukan SEA.
MENG Yean (kiri) dan Mei Kuan kini fokus hadapi Sukan SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia