Harian Metro

Fatehah intai raih pingat emas KL2017

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal negara Fatehah Mustapa jelas bersedia memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur selepas meraih pingat gangsa dalam acara keirin wanita pada kejohanan Grand Prix Antarabang­sa Melbourne, kelmarin.

Fatehah bertindak hebat apabila dia berakhir di tangga kedua dan ketiga bagi saringan awal dan separuh akhir sebelum menempah tiket ke perlumbaan penentuan.

Stephanie Morton, yang menang perak acara pecut pada Kejohanan Dunia Mac lalu, muncul pemenang

(gambar)

pada final keirin dengan rakan senegara dari Australia, Kaarle McCulloch dan Fatehah masing-masing meraih perak dan gangsa.

Fatehah, yang dijangka menang hingga empat emas pada Sukan SEA menyatakan dia gembira dengan perkembang­annya setakat ini.

“Selepas lima bulan berlatih dan bersiap sedia, menjadi sasaran saya untuk meraih pingat ketika bertanding menentang pelumba bertaraf dunia di sini,” ujar Fatehah.

“Ini perlumbaan pertama saya selepas lima bulan dan ia juga terakhir sebelum Sukan SEA. Saya akan bertanding dalam acara pecut, pecut berpasukan, 500m ujian masa dan keirin di Kuala Lumpur nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia