Harian Metro

Dominasi Ferrari

- AFP

Sebastian Vettel mengukuhka­n cengkamann­ya sebagai pendahulu kejuaraan pemandu dunia kepada 14 mata semalam apabila dia dan Kimi Raikkonen membuktika­n dominasi Ferrari dengan penamat satu-dua pada Grand Prix Hungary.

Dalam perlumbaan ke-50 bersama Ferrari, juara empat kali dari Jerman itu menguasai perlumbaan dari petak utama dalam cuaca panas berbahang bagi mencatat kemenangan pertamanya dalam lima perlumbaan sejak Grand Prix Monaco.

Pencabar utama kejuaraan dunia Lewis Hamilton dari Mercedes berakhir di tangga keempat, selepas menyerahka­n penamat podium kepada rakan sepasukann­ya Valtteri Bottas pada pusingan terakhir berikutan perubahan saat akhir bagi membolehka­n pemandu Britain itu mengejar dua jentera Ferrari.

Pemandu Belanda, Max Verstappan berakhir di tangga keempat buat Red Bull sekalipun mengalami pelanggara­n pada pusingan pembukaan bersama rakan sepasukan Daniel Ricciardo yang menyaksika­n pemandu

 Vettel juarai GP Hungary, Raikkonen tempat kedua

Australia itu terkeluar lebih awal.

Juara dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso menduduki tangga keenam dan mencatat masa sepusingan terpantas perlumbaan buat McLaren-Honda selepas pemanduan menakjubka­n.

Vettel, yang bermula dengan hanya satu mata di depan Hamilton, menjarakka­n kedudukan kepada 13 mata lagi selepas berakhir 11 daripada 20 perlumbaan musim ini ketika musim cuti berehat tiga minggu sebelum Grand Prix Belgium.

Ia kemenangan pertama satu-dua buat Ferrari di Hungary sejak 2004.

 ??  ?? VETTEL menjulang trofi GP Hungary.
VETTEL menjulang trofi GP Hungary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia