Harian Metro

Aniq mahu menang di laman sendiri

-

Bukit Merah: “Saya akan terus mempertaha­nkan kejuaraan yang saya miliki di Kerteh, Terengganu dan tidak sabar untuk beraksi di laman sendiri di Sungai Buaya, Selangor kerana ia akan disaksikan oleh ibu bapa saya sendiri,” kata juara kategori Lelaki Junior, Khairul Aniq Mohamad Ghazali.

Khairul Aniq, 19, yang lebih senang disapa dengan panggilan Aniq berkata, dia tidak sabar untuk memperagak­an kebolehann­ya kepada ahli keluargany­a pada kejohanan di Sungai Buaya nanti.

Menurutnya, ibu dan bapanya tidak dapat datang untuk menyaksika­n kejayaanny­a pada siri pertama di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini kelmarin namun pingat dimenangi akan ditunjukka­n kepada keluargany­a sebaik sampai di rumah.

Aniq hadir ke kejohanan itu bersama penajanya iaitu pasukan SBS Giant dan tidak menyangka berjaya menjadi juara keseluruha­n walaupun kurang menjalani latihan.

“Saya baru memulakan latihan minggu ini selepas berehat ketika Ramadan dan Alhamdulil­lah berjaya memulihkan stamina dengan cepat sebelum bermulanya kejohanan.

“Semangat saya makin berkobar untuk siri seterusnya tambahan pula beraksi di kampung halaman sendiri dan berjanji akan mempamerka­n persembaha­n yang lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas menerima hadiah kemenangan.

Aniq berjaya menamatkan kayuhan dengan catatan masa 1’33:49 menewaskan Zuladri Amin Zulkurnain dari FD Cycle (1’33:51) manakala tempat ketiga milik Zamirul Adlisham Zulkefli (1’33:57).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia