Harian Metro

Suami isteri sehati sejiwa

-

Bukit Merah: Pasangan suami isteri ini boleh dikatakan sehati sejiwa kerana mereka meminati sukan berbasikal dan menyertai Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) siri pertama di Bukit Merah Lake Town Resort (BMLR) di sini, kelmarin.

Asri Idrus dan isterinya, Marina Abdul Jabar masing-masing berusia 40 tahun antara 1,200 peserta yang menyertai kejohanan itu dan pasangan itu sentiasa berdua selepas berakhirny­a perlumbaan.

Menurut Asri, dia dan isterinya menyertai pertanding­an itu hanya sekadar suka-suka dan sudah menyertai banyak kejohanan berbasikal di negara ini kerana minat mereka terhadap sukan berkenaan.

Asri menegaskan dia dan isteri akan menyertai setiap pertanding­an bersama-sama kerana mahu mengamalka­n gaya hidup sihat dan berasa seronok setiap kali mengha- biskan sesuatu perlumbaan.

“Saya memasuki kategori Lelaki Junior Master manakala isteri kategori Terbuka Wanita dan minat kami terhadap sukan ini membuatkan kami tidak akan melepaskan peluang menyertai mana-mana kejohanan di seluruh Semenanjun­g.

“Kami juga merancang menyertai dua lagi siri kejohanan anjuran Harian Metro iaitu di Kerteh, Terengganu dan di Sungai Buaya, Selangor,” katanya ketika ditemui selepas berjaya menamatkan kayuhan.

Marina pula berkata, walaupun mempunyai empat anak, dia tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan kerana sukan adalah suatu amalan penting untuk menyihatka­n tubuh badan.

Marina dan suaminya berkayuh tiga kali seminggu bagi mengekalka­n stamina dan menyertai mana-mana kejohanan diadakan bagi mencabar keupayaan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia