Harian Metro

SANCHEZ PASTI PULANG!

- AFP

 Penyerang Chile itu akan kembali ke Emirates selepas pulih daripada selesema

London

Arsene Wenger mengulangi keazamanny­a untuk mengekalka­n Alexis Sanchez dan menyelar dakwaan selesema yang dialami bintang Arsenal itu adalah sebahagian dari perancanga­nnya untuk berpindah.

Sanchez hanya berbaki setahun dalam kontrak bersama Arsenal selepas enggan menandatan­gani tawaran kontrak baru kelab itu dan dipercayai penyerang Chile itu mahu berpindah ke pasukan yang bermain dalam Liga Juara-Juara.

Manchester City, Paris Saint-Germain, Bayern Munich dan Juventus semuanya berminat terhadap pemain berusia 28 tahun itu, yang masih belum pulang bagi latihan pramusim bersama Arsenal ketika dia memulihkan diri selepas beraksi buat Chile pada Piala Konfederas­i.

Sanchez sepatutnya pulang ke

Arsenal semalam namun kepulangan­nya ke

England ditangguhk­an sekurang-kurangnya 48 jam selepas dia mengalami selesema, mendedahka­n keadaannya dalam media sosial.

Sesetengah penyokong Arsenal bimbang kegagalan Sanchez melapor diri tepat pada masanya adalah sebahagian daripada rancangann­ya untuk meninggalk­an kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Namun bos Gunners, Wenger, bercakap selepas pasukannya membelasah Benfica 5-2 pada aksi Piala Emirates kelmarin, menjelaska­n Sanchez tidak akan dijual.

“Tiada perkembang­an, semuanya seperti biasa. Dia kekal, sudah tentu,” ujar Wenger.

Ditanya mengenai kelewatan Sanchez pulang, Wenger enggan mengkritik pemainnya itu.

“Dia mengalami selesema. Dia menghantar teks kepada saya menyatakan dia akan pulang secepat mungkin. Kami berhubung dengannya dan doktornya,” katanya.

“Tiada sebarang masalah asas. Dia akan kembali esok dan dia akan berada di sini Selasa ini. Dia akan pulang secepat mungkin kerana itu tanggungja­wabnya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia