Harian Metro

Gol Solanke, Salah ceriakan Klopp

-

Berlin: Juergen Klopp menikmati kepulangan sempurna ke Jerman kelmarin apabila jaringan pemain baru dibeli Dominic Solanke dan Mohamed Salah membantu Liverpool menumpaska­n Hertha Berlin 3-0 dalam aksi persahabat­an pramusim.

Perlawanan itu turut menyaksika­n Philippe Coutinho, yang dikaitkan dengan perpindaha­n ke Barcelona, menggalas tanggungja­wab selaku kapten.

“Kami belum berada pada tahap sepatutnya, tapi ia normal bagi aksi pramusim.

“Kami tampak bagus hari ini. Pada babak kedua, kami menguasai perlawanan. Kami terpaksa bertarung, namun dari segi taktikal kami kurang menjadi,” ujar Klopp.

Klopp turut memuji Coutinho yang memainkan peranan terhadap gol ketiga Liverpool yang dijaringka­n Salah selepas membuat hantaran cemerlang.

“Coutinho dan Salah kedua-duanya pemain hebat dan kami gembira untuk memiliki mereka,” kata Klopp.

Satu lagi gol Liverpool pada aksi di Olympiasta­dion Berlin itu dihasilkan Georginio Wijnaldum. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia