Harian Metro

Citizens garang benam Spurs

-

Washington: Manchester City meraih kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas pencabar liga Inggeris, Tottenham Hotspur pada perlawanan Piala Juara-Juara Antarabang­sa, semalam.

John Stones, Raheem Sterling dan Brahim Diaz masing-masing menjaringk­an gol buat City yang sebelum ini garang membelasah juara Sepanyol, Real Madrid 4-1 pada perlawanan pertunjuka­n di Amerika Utara itu.

City mula mendahului seawal minit ke-10 pada aksi di Stadium Nissan apabila Stones menanduk masuk menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

Kelab bimbingan Pep Guardiola itu berpeluang menambah jaringan namun kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-72 selepas Samir Nasri bijak memperdaya pertahanan Spurs sebelum jaringan disempurna­kan Sterling.

Diaz yang masuk dari bangku simpanan kemudian meledak gol ketiga City pada masa kecederaan.

Peluang

terbaik Tottenham muncul seawal minit ketiga namun cubaan pemain tengah, Dele Alli dapat dipatahkan penjaga gol City, Ederson.

Selepas cubaan itu, City bangkit dan mengawal penuh permainan dengan jaringan pembukaan Stones berpunca daripada sepakan percuma Kevin De Bruyne.

City dijadual bermain pada perlawanan terakhir pramusim melawan West Ham di Reykjavik manakala Tottenham menentang juara Itali, Juventus di Wembley pada 5 Ogos. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia