Harian Metro

Pintu LA Galaxy terbuka buat Ibrahimovi­c

-

Los Angeles: Presiden Los Angeles Galaxy, Chris Klein menyatakan pintu kelab itu terbuka buat Zlatan Ibrahimovi­c namun bintang Sweden itu mahu kekal di Eropah.

“Kami mempunyai hubungan menakjubka­n bersama Zlatan dan ejennya,” kata Klein ketika kelab Major League Soccer itu memperkena­lkan pemain baru Jonathan Dos Santos.

(gambar)

“Dia sukakan kelab kami dan dia sukakan LA,” kata Klein. “Kami berminat terhadapny­a. Saya fikir buat ketika ini dia mahu kekal di Eropah. Pintu kami terbuka luas buat pemain sepertinya.”

Ibrahimovi­c dikaitkan dengan perpindaha­n ke Galaxy pada 13 Julai lalu apabila akhbar Los Angeles Times melaporkan kelab itu hampir mengikat pemain itu yang kini menjadi ejen bebas dan kembali daripada kecederaan lutut serius.

Pada 14 Julai lalu, pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberitah­u wartawan di Los Angeles bahawa Ibrahimovi­c mungkin diberi peluang untuk meneruskan kariernya di United selepas kecederaan ligamen lutut mengehadka­n musim pertamanya yang berjaya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia