Harian Metro

Ubah sebelum lewat

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Situasi ‘tenat’ yang menghantui arena bola sepak negara khususnya kegagalan dalam mengesan pemain muda tempatan bagi menyarung jersi Harimau Malaya harus dipandang serius Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut bekas pengendali Kedah, Azraai Khor Abdullah, jalan keluar yang dicadangka­n ketua jurulatih kebangsaan Nelo Vingada iaitu kuota 3+1 pemain import dikurangka­n kepada 2+1 di saingan Liga Perdana baginya cukup baik dan harus diteliti dengan sebaiknya badan induk itu.

Langkah berkenaan dilihat mampu memberi peluang kepada pemain tempatan khususnya pemain muda beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas pemain import tampak mendominas­i beberapa posisi penting seperti di jentera serangan.

“Ya, sekurang-kurangnya cadangan beliau

(Nelo Vingada) itu boleh membantu persiapan pasukan negara yang diketahui umum mengalami masalah dalam mencari pemain berkualiti ketika ini.

“Kebanyakan posisi penting misalnya di bahagian penyerang memang dikuasai pemain import hingga menyukarka­n jurulatih negara untuk menyenarai­kan pemain.

“Mungkin jika cadangan itu dilaksanak­an, kita boleh dapat melahirkan pemain tempatan lebih berkualiti seperti yang pernah dilakukan pada 2008 dulu apabila tonggak import disekat daripada beraksi di Liga Malaysia.

“Akhirnya muncul Safee Sali, Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Ashari Samsudin yang pernah digelar antara penyerang terbaik rantau ini pada Piala AFF

2010 lalu,” katanya kepada Arena

Metro semalam.

Menerusi laporan akhbar ini sejak kelmarin, Vingada atau turut digelar ‘Profesor’ mencadangk­an kuota 3+1 pemain import dikurangka­n kepada 2+1 manakala sekurang-kurangnya lima pemain bawah 23 tahun diwajibkan beraksi dalam setiap pasukan pada setiap perlawanan.

Bagaimanap­un, Vingada tidak mahu polisi pemain dalam Liga Super berubah. Angka 3+1 itu merujuk kepada empat pemain import dalam sesuatu pasukan dengan

 Azraai sokong tindakan Vingada kurangkan kuota import

seorang daripadany­a mesti pemain Asia.

Idea itu jelas menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang mengakui cadangan itu harus dikaji dan perlu mendapat persetujua­n majoriti pasukan bertanding.

“Sekarang kita sudah ada barisan kepimpinan baru FAM diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sudah tentu Tuanku Presiden sedar akan masalah itu dan pastinya mereka sedang berusaha mencari jalan terbaik,” katanya yang juga bekas pengendali skuad Harimau Muda.

 ?? FOTO: ?? BAKAT penyerang tempatan perlu diterapkan dari zaman kanak-kanak.
FOTO: BAKAT penyerang tempatan perlu diterapkan dari zaman kanak-kanak.
 ??  ?? ASYRAAF (kanan) bersalam dengan ketua jurulatih India, Maymol Rocky (kiri) disaksikan kapten negara, Masturah Majid (dua dari kanan).
ASYRAAF (kanan) bersalam dengan ketua jurulatih India, Maymol Rocky (kiri) disaksikan kapten negara, Masturah Majid (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia