Harian Metro

Buktikan kemampuan benam India

-

Petaling Jaya: Nasib 25 pemain skuad bola sepak wanita negara akan ditentukan pada aksi persahabat­an menentang India malam ini sebelum pengendali pasukan Mohd Asyraaf Fong Abdullah menyenarai­kan hanya 20 pemain untuk mengharung­i saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan depan.

Jelas Asyraaf, peluang berdepan juara Asia Selatan itu di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang akan dimanfaatk­an sebaiknya pemain bagi menambat hati barisan kejurulati­han skuad.

“Bertemu India adalah perlawanan antarabang­sa kedua terakhir sebelum Sukan SEA dan aksi ini amat penting untuk menilai keupayaan sebenar pemain berdepan pasukan yang lebih kuat dan mempunyai fizikal lebih besar.

“India yang baru merangkul kejuaraan Asia Selatan tahun ini pasti akan memberi tentangan sengit sekali gus memberi sedikit sebanyak gambaran kepada kita sebelum menghadapi Vietnam, Myanmar dan Thailand.

“Selepas perlawanan esok (hari ini), saya akan memutuskan senarai terakhir pemain yang akan membawa cabaran negara di Sukan SEA.

“Untuk persiapan pasukan, selepas mencuba beberapa variasi formasi, saya rasa pemain sesuai untuk menggunaka­n formasi 3-4-3 dan 4-2-3-1,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

Sekadar menyasarka­n pingat gangsa pada temasya kali ini, Asyraaf percaya sasaran itu realistik berdasarka­n kedudukan terkini ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) yang menyaksika­n skuad kebangsaan berada di tangga ke-80 dunia berbanding Thailand (29), Vietnam (32) dan Myanmar (45) yang jauh lebih tinggi.

Begitupun, beliau tidak cemas dengan situasi itu dan yakin anak buahnya mampu memberi tentangan sengit kepada lawan yang akan ditemui pada temasya itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia