Harian Metro

FAM sokong cadangan pinda hukuman terhadap jurulatih yang bersalah

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengalu-alukan cadangan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBSM) yang mahu badan induk itu mengubah undang-undang dalam mengenakan hukuman terhadap jurulatih atas kesalahan tertentu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi menjelaska­n pihaknya sentiasa terbuka dan bersedia menerima apa saja cadangan yang boleh menyumbang kepada kebaikan bola sepak negara.

Menurutnya, cadangan yang diusulkan itu mestilah mengikut saluran yang betul dan badan induk terbabit sedia mengkaji dan menilai cadangan berkenaan.

“Kami mengalu-alukan semua pandangan, cadangan, komen atau kritikan. Sudah tentu semua ini berniat baik untuk melihat perubahan dalam bola sepak negara.

“Kalau ada cadangan, boleh diutarakan dan kami akan tengok kalau ada keperluan dan kesesuaian untuk mengubah, takkan kami tak nak ubah,” katanya semalam.

BH Sukan semalam melaporkan PJBSM akan mengusulka­n cadangan itu kepada FAM selepas melihat hukuman digantung sembilan bulan tidak boleh terbabit dalam bola sepak terlalu berat diterima jurulatih Pahang, Dollah Salleh sebelum ini.

Usul itu juga akan merangkumi cadangan supaya jurulatih hanya dikenakan denda atas kesalahan mereka dan bukan penggantun­gan yang terlalu lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia