Harian Metro

Asri puji anak buah

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Pengendali Negeri Sembilan, Asri Ninggal memuji persembaha­n pemain pasukan itu yang berjaya menjinakka­n Pahang 2-1 dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin.

Beliau berkata, kemenangan itu sekali gus dapat menghidupk­an peluang pasukannya ke suku akhir walaupun berdepan dua baki saingan peringkat kumpulan itu.

Menurutnya, walaupun tanpa kelibat dua penyerang utama Bruno Suzuki dan Jonathan Behe yang direhatkan, pemain yang dipilih menggalas tanggungja­wab itu berjaya melaksanak­an tugas mereka dengan berkesan.

“Saya nekad merehatkan Suzuki dan Behe walaupun berdepan Pahang yang menjadi antara pencabar terkuat dalam saingan Liga Super.

“Bagaimanap­un, pemain yang dipilih menggalas cabaran malam tadi (kelmarin) nyata berjaya mempamerka­n persembaha­n terbaik hingga mampu menembusi gawang Pahang dan membantu kami meraih kemenangan.

“Syabas kepada pemain kerana dapat menunjukka­n komitmen tinggi kepada pasukan. Saya harap momentum kemenangan ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya,” katanya semalam.

 ??  ?? PEMAIN Negeri Sembilan Khairul Anwar Shahruddin (tengah) bersaing dengan pemain Pahang Matthew Davies (kanan).
PEMAIN Negeri Sembilan Khairul Anwar Shahruddin (tengah) bersaing dengan pemain Pahang Matthew Davies (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia