Harian Metro

PUTRI NAJUWA URUS SENDIRI KERJAYA

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pelakon berdarah kacukan Melayu-New Zealand, Putri Najuwa, 32, sudah terbabit dalam bidang lakonan sejak 12 tahun lalu. Bagaimanap­un, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku, Arluna dan Waris Kasih itu kurang menyerlah berbanding rakan

seperjuang­an lain. Pemilik nama sebenar Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof yang lebih mesra disapa Wawa mengakui tidak ralat

meskipun dirinya tidak popular. “Walaupun mula berlakon pada usia 20 tahun, saya menyepi selama lima tahun untuk membantu bisnes keluarga sebelum kembali aktif beraksi depan kamera.

“Sekarang saya tiada pengurus dan bergerak sendiri menguruska­n kerjaya

seni,” katanya. Apabila bergelar insan popular, pasti keluarga terutama pasangan akan rasa tempiasnya.

Bagi pelakon jelita yang popular menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaik­u, Siti Saleha yang baru menamatkan zaman bujang Jumaat lalu, dia bersyukur kerana jejaka pilihannya, Ahmad Lutfi Azhar mula memahami selok-belok dunia seni.

“Saya bersyukur kerana suami sangat memahami kerjaya dan tanggungja­wab sebagai selebriti. Mungkin pada awalnya, dia sedikit ‘tertutup’, namun kini sudah dapat terima,” katanya.

Sementara itu Lutfi, 30, mengakui berasa agak kekok dengan budaya kerja Saleha pada awal perkenalan mereka.

“Saya tahu dia pelakon tetapi tidak terlalu mengikuti perkembang­an kerjayanya.

“Selepas mula rapat dan kenal hati budi, saya mula faham tuntutan kerjaya Saleha.

“Namun, saya kurang selesa andai lampu sorot dihalakan kepada saya, biarlah saya di belakang kamera saja,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia