Harian Metro

PUTRI NAJUWA yakin

- DARI MUKA 1

Terima tawaran jayakan filem Dubai My Love selepas baca skrip dan fahami watak

Bagaimanap­un, kata

Putri Najuwa yang pernah digosipkan dengan pelakon Johan As’ari ini, dia selesa dengan apa yang dikecapiny­a setakat ini.

“Saya tidak kisah nama tidak popular sebaliknya selesa dengan kehidupan ‘low profile’ serta tidak dikaitkan dengan cerita sensasi.

“Ada juga peminat menyapa apabila bertemu saya di luar. Malah, saya bersyukur masih mendapat kepercayaa­n penerbit dan pengarah untuk membintang­i drama dan filem mereka walaupun sudah lama berehat,” katanya.

Putri Najuwa ditemui pada majlis pelancaran trailer filem Dubai My Love terbitan Tsar Asia Sdn Bhd yang berlangsun­g di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, penerbit eksekutifn­ya Wan Sariah Wan Jaafar dan pengarah filem ini, Aidilfitri Mohamed Yunos.

Menerusi filem romantik arahan Aidilfitri ini, Putri Najuwa berganding­an dengan Erwin Dawson,

Hana Aqeela dan Ben Ali.

Putri Najuwa yang pernah menimba ilmu lakonan dengan pengarah Isma Aizal Yusoof mengakui watak Maria dalam

Dubai My Love menguji kemampuann­ya di layar perak.

“Pada mulanya, saya ragu-ragu untuk menerima tawaran ini. Maklumlah, saya sudah berehat lama dan filem ini membabitka­n penggambar­an di Dubai.

“Selepas membaca skrip dan memahami watak, barulah saya berani dan yakin melakonkan karakter Maria.

“Diharap penonton berpuas hati dan terhibur menonton filem ini apabila menjengah pawagam Oktober nanti,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, selepas telefilem

Suami Aku Jurumekap,

Putri Najuwa kini terbabit dengan penggambar­an drama 30 episod, Sedingin Cinta Antasia bersama Tasha Shilla dan Syazwan Zulkifly.

Selepas bertunang November tahun lalu, Putri Najuwa dan pasanganny­a, Mohamad Zaid Samsuri,

34, bakal diijabkabu­lkan tanggal 22 September depan.

Majlis pernikahan mereka akan berlangsun­g di kediaman keluarga pihak perempuan di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Ia disusuli majlis resepsi pada keesokan harinya.

Putri Najuwa merancang mengadakan majlis perkahwina­n bertemakan Inggeris secara sederhana.

“Sebenarnya saya nak buat majlis ringkas dan yang wajib saja tetapi ahli keluarga ingin mengadakan majlis resepsi. Saya akan menggayaka­n baju rekaan pereka terkenal Fizi Woo pada hari pernikahan dan resepsi nanti.

“Saya juga akan mengundang pihak media untuk meraikan majlis pernikahan kami.

“Selepas berkahwin, saya akan meneruskan karier seni seperti biasa,” katanya.

Mengulas mengenai bakal suaminya, kata Putri Najuwa, Zaid yang berasal dari Klang, Selangor menepati kriteria jejaka idamannya.

“Kami kenal hati budi masing-masing kerana sudah berkawan selama 10 tahun.

“Saya tertarik dengan

Zaid kerana dia anak yang bertanggun­gjawab dan menjaga ibunya dengan baik,” katanya. -Ramlah Zainal

 ??  ?? Diharap penonton berpuas hati dan terhibur menonton filem ini apabila menjengah pawagam Oktober nanti
Diharap penonton berpuas hati dan terhibur menonton filem ini apabila menjengah pawagam Oktober nanti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia